| Chairman's Message |
|
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera; Yayasan Pelajaran Johor merupakan sebuah badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Johor yang memainkan peranan penting di negeri ini dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan pendidikan. Justeru itu, program-program serta skim-skim bantuan yang ditaja dan dikelola adalah bermatlamatkan pembangunan pendidikan. Seterusnya ia menjurus dan membantu kepada pembangunan sumber manusia di negeri ini khasnya dan negara amnya. Oleh yang demikian, penyebaran maklumat berkenaan program-program dan skim-skim ini harus dengan berkesan dan mempunyai wawasan yang jauh dan seluas yang boleh. Pada zaman IT ini, kemudahan penyebaran maklumat tidak seharusnya menimbulkan masalah. Kita disajikan dengan pelbagai media, daripada media massa, elektronik dan kini internet. Usaha pihak pengurusan Yayasan Pelajaran Johor membangunkan laman web ini patut dihargai. Laman web ini merupakan satu medan bagi Yayasan Pelajaran Johor untuk menyebarkan maklumat di samping merapatkan hubungan dengan pelanggannya. Adalah menjadi harapan kita agar hasil usaha ini memberi manfaat kepada orang ramai khasnya para pelajar. Kita juga berharap agar perkembangan ekonomi bertambah baik kerana ini akan menjadikan Yayasan Pelajaran Johor boleh mempelbagaikan bantuan untuk pembangunan pendidikan dan lebih ramai lagi golongan rakyat yang dapat kita bantu.
Y.A.B Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Besar Johor Merangkap
|
Announcement
Corporate Video
Calendar & Activity
Who's Online
We have 21 guests onlineVisitors






![]() | Hari ini | 715 |
![]() | Semalam | 823 |
![]() | Minggu ini | 3127 |
![]() | Minggu lepas | 4430 |
![]() | Bulan ini | 13545 |
![]() | Bulan lepas | 20703 |
![]() | Jumlah | 368037 |
Your IP: 72.44.48.122
Today: May 22, 2013
Radio Best 104
Radio Klasik Nasional
Contact Us
|








































