Sejarah Penubuhan

Yayasan Pelajaran Johor ialah sebuah perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan negeri Johor melalui Enakmen No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam bidang pelajaran dan pendidikan bagi pembangunan sosial.

 

Tujuan penubuhan Yayasan Pelajaran Johor sebagaimana yang terkandung di dalam Seksyen 5, Enakmen No. 8, tahun 1982 adalah seperti berikut:

i. Untuk dengan aktifnya menaja membaikkan peluang mendapatkan pelajaran di kalangan rakyat Johor khasnya dan Malaysia amnya.

ii. Untuk memberi atau menguruskan pemberian oleh badan-badan lain pinjaman-pinjaman atau bantuan kewangan atau pelajaran kepada rakyat.

iii. Untuk meluaskan peluang bidang pelajaran bagi rakyat di dalam mana-mana pelajaran tinggi di serata dunia.

 

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu program pembangunan yang menyeluruh. Dasar Ekonomi baru muncul sebagai satu penyelesaian kepada masalah-masalah sosial yang mempunyai punca dan implikasi ekonomi. Dengan kesedaran bahawa pelajaran dan kemahiran adalah kunci kepada kemajuan masyarakat, strategi-strategi Dasar Ekonomi Baru dipertingkatkan bagi memberi penekanan ke atas bidang pendidikan dan pelajaran.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.

Penafian:- Yayasan Pelajaran Johor adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Yayasan Pelajaran Johor.