Utama Maklumat Korporat Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan

Dalam usaha mencapai objektif, Yayasan Pelajaran Johor akan terus memberi perkhidmatan yang berkualiti lagi telus seperti berikut:

 

  1. Komitmen Yayasan Pelajaran Johor ialah memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra.
  2. Menaja di kalangan rakyat Negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya (yang bermastautin lebih dari 5 tahun dalam Negeri Johor) pada tahap 80% daripada jumlah peruntukan yang diluluskan.
  3. Meluaskan peluang bidang pelajaran bagi rakyat Negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya di mana-mana tempat pengajian tinggi di serata dunia pada kadar 90% daripada peruntukan yang diluluskan.
  4. Menaja peluang-peluang bagi meningkatkan kecemerlangan pembelajaran kepada rakyat Negeri Johor di sekolah-sekolah di Negeri Johor pada tahap 80% daripada peruntukan yang diluluskan.
  5. Memastikan kadar pembayaran balik Pinjaman dan Biasiswa mencapai tahap 75% pulangan daripada jumlah anggaran belanjawan yang diluluskan.
  6. Memproses pemberian Pinjaman / Biasiswa dan bantuan keangan / pelajaran kepada rakyat Negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh penerimaan permohonan.
  7. Memastikan pemberian Pinjaman dan Biasiswa diuruskan dalam tempoh 2 bulan setelah surat / dokumen / perjanjian pinjaman diterima oleh YPJ.
  8. Memastikan bayarn pinjaman kepada pelajar lama dibuat dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan peperiksaan diterima oleh YPJ.

 

 

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.

Penafian:- Yayasan Pelajaran Johor adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Yayasan Pelajaran Johor.